Assalammualaikum w.b.t :)
aku dapat kata-kata best dari friendlist fb aku tadi .
ne kata-kata dia tuu :)
1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan.
Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan
perasaan,ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.
2. Sayangi dia seadanya.
Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti.
Dia sememangnya seorang yang istimewa
dan biarkan ianya kekal begitu.
Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya
anda akan terus mengubah dirinya.
Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia.Maka, tiada alasan untuk anda
mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.
3. Sayangi dia sepenuh hati.
3. Sayangi dia sepenuh hati.
Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda.
Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang
untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda.
Maka, jangan sesekali cuba
untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.
4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia
4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia
menerima cinta anda kerana kelak,
yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.
5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia.
5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia.
Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia
kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.
6. Sangka baik padanya.
Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya.
Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa.
Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.
7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya.
Kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya,
tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda
berdua.
8. Berikan kepercayaan anda padanya.
8. Berikan kepercayaan anda padanya.
Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.
9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan.
9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan.
Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya
meneruskan hidup seperti biasa,ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.
10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda
10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda
.Memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak
anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat.
Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya
bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji.
Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk
memenangi cintanya,
maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.
:::PS:::
:::PS:::
Sesungguhnya perasaan Cinta adalah nikmat milik Allah sepenuhnya…
Sabar , Jujur , Ikhlas , Yakin dan Percaya adalah kunci segala
Cinta yang Allah telah kurniakan..
“Serahkan CINTAmu kepada ALLAH,pasti ALLAH akan berikan CINTAmu kepada pemilik yang
sebenar…Serahkan MASAmu kepada
ALLAH,pasti ALLAH akan mengatur keseluruhan hidupmu dengan sempurna….”
| Amin |
0 00000 geng-geng comel sedang berdiskus ^ ^:
Post a Comment