" saya tak mampu untuk berkata apa-apa sebab dia masih milik orang "
" kalau dia sukakan saya, saya nak dengar dari mulut dia sendiri, bukan orang lain "
Kisah Ain, Aidil dan Anna
Ain, seorang gadis comel yang boleh dikatakan ' perfect ' di mata Aidil. Ain dah ada kekasih, tapi kekasihnya tak pedulikan sangat Ain ni. Aidil, sahabat sejati Ain. Dah 8 tahun lebih rasanya mereka berkawan. Mereka ada seorang kawan, Anna. Mereka bertiga teman selamanya. Namun, dalam diam, Aidil mencintai Ain. Ain juga merasakan perasaan yang sama. Aidil hanya mampu mencintai kerana Ain sudah mempunyai kekasih. Ain pernah menyatakan bahawa dia tidak akan pernah memilih di antara Aidil dan kekasihnya. Biarlah Allah yang menentukan segalanya.
" Aidil nak pegi sambung study ne. Ahad ne jalan "
" Aidil jangan lupakan Ain ya "
" Aidil takkan pernah lupakan. InsyaAllah "
Kisah Aidil
Bermulalah kehidupan Aidil di tempat pengajiannya. Hati Aidil tak pernah lupa akan Ain walaupun Ain jauh di mata. Walaupun, godaan di tempat pengajiannya tersangatlah besar, namun Aidil mampu menahan segala godaan. Cintanya terhadap Ain tetap setia walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran. Bagi Aidil. Ainlah ' puteri ' bagi dirinya. Dia sentiasa ingat pesan mama Ain, family Ain, dan Anna. Jangan pernah jatuh cinta dengan yang lain di sana. Mana mungkin Aidil akan jatuh cinta jika hatinya sudah terpaut pada Ain. Aidil sentiasa berharap Ain akan menerimanya suatu hari nanti. Itu harapan Aidil.
Kisah Aidil dan Myra
" hahahah. kau nak buat air guna ni? 1 jug pun tak cukup tau "
" ee. biarlaa. bagus dah aku bawa tu. okelaa, aku bawa baliklah ne."
" mana sudah air oren kau tu? haha "
Myra, seorang gadis kecik yang suka dibuli oleh Aidil. 'Aidil suka sakat saya! huh ', keluh Myra.
Myra tak suka layan lelaki sangat sebab dia baru sahaja dikecewakan. Lagi satu, susah dia nak percaya dengan budak lelaki di sana. Katanya, ' lelaki di sini tak payahlah percaya sangat, mempergunakan kita untuk kepentingan dorang ja tu'. Kalau bukan sebab c Aidil ne kaki pengacau c Myra, Myra takkan kenal Aidil ne.
Tapi, Myra akui, Aidil baik orangnya. Namun, Myra xtau kenapa dalam hatinya tiba-tiba timbul satu perasaan yang dia tak pasti dan tak tahu kenapa perasaan tu perlu wujud dalam hatinya. Sedangkan, di awal perkenalan, tak pernah terlintas di hati untuk mengenali Aidil. Myra sukar untuk mempercayai lelaki-lelaki di tempat pengajiannya, tambahan lagi lelaki yang boleh dikatakan hensem seperti Aidil. Tambahan pula, Myra baru sahaja kecundang dalam percintaan. Oleh itu, dia malas nak fikirkan semua tu. Tapi, takdir itu telah tertulis oleh Allah buat kita semua. Myra tak mampu menolak kehadiran perasaan itu. Dia cuba menafikan, namun semakin dia cuba lari dari perasaan itu, semakin dekat hatinya terhadap Aidil. ' Myra dah cuba lari, tapi perasaan tu semakin kuat untuk dia ' . Myra sendiri tidak tahu tentang hubungan Aidil dan Ain. Namun, Myra seperti terhidu hubungan mereka. Tetapi, dia tidak mampu membuat segala andaian. Oleh sebab itu, dia semakin hari, cuba mengingatkan dirinya mengenai hubungan Aidil dengan Ain. Myra sering mengingatkan dirinya, ' nanti ada hati yang terluka '. Oleh sebab itu, Myra sembunyikan perasaannya. Dia tak mampu nak beritahu Aidil mengenai perasaannya itu. Hanya rakan-rakan yang rapat serta orang-orang terdekat sahaja yang tahu. Perit rasanya mempunyai perasaan sebegini yang hanya mampu dipendam dan melihat orang yang disukai bersama orang lain. Tapi, Myra sedar siapa yang terlebih dahulu hadir dalam hidup Aidil. Oleh sebab itu, Myra hanya mampu memendam dan bersabar. Bagi Myra, Aidil langsung tidak mengetahui mengenai perasaannya dan takkan pernah tahu. Myra takkan bagitahu Aidil. Dia tak mampu dengar jawapan dari Aidil.
Kisah Anna dan Aidil
" Siapa perempuan tu, dil? Menggatal pula dengan kau. Patutlah Ain suruh aku tengok-tengok fb dia "
" Budak tu baik, na. Aku dah anggap macam adik aku. Perangai dia tu memang macam budak-budak sikit "
Aidil tetap sayangkan Ain walaupun dia dah kawan dengan Myra. Itu takkan mengubah perasaan dia dengan Ain. Namun, melalui Anna, Aidil mendapat tahu bahawa sepupu Ain, Amri sedang cuba nak 'tackle' Ain. Aidil hanya mampu bersabar dan berserah atas segala-galanya.
" Kalau dia masih sayang aku, dia tahu juga apa yang patut dia buat "
Ain pernah beritahu Aidil, dia takkan pilih siapa-siapa. Aidil berpegang dengan kata tersebut. Namun, semuanya telah ditakdirkan oleh Allah. Aidil mendapat tahu bahawa Myra menyukainya melalui Ain dan Anna. Semuanya terbongkar melalui blog Myra.' Kalaulah Myra tahu, Myra tak letak link blog Myra kat FB tu '. Semuanya dah terbongkar. Hubungan Aidil dan Ain juga semakin lama semakin renggang. Myra tak tahu kalau dia yang menjadi punca semua ini berlaku. Dan akhirnya, Ain terima sepupunya tu. Aidil tersangat kecewa dengan keputusan Ain. Tapi, Myra yakin, ada cerita di sebalik semua ini.
" Dia buat macam tu mungkin sebab dia nak bagi Myra peluang "
" Aku takkan percaya dia lagi atas semua yang dia dah buat "
" Semua orang pernah buat salah, cuba dengar penjelasan dia dulu baru buat keputusan! "
# will be continue ~
0 00000 geng-geng comel sedang berdiskus ^ ^:
Post a Comment